Saturday, 6 October 2012
PERKARA YANG MAHASISWA HARI INI TIDAK NMPAK
Mereka yang menganggap AUKU 1975 tidak menyekat gerakan mahasiswa lazimnya
menggunakan, antara lain, data tentang banyaknya program yang dilaksanakan mahasiswa.
Tetapi, banyaknya jumlah program tidak semestinya menunjukkan gambaran suatu gerakan
mahasiswa.
Ini kerana program terdiri daripada tiga jenis. Pertama, ialah “aktiviti”. Ada organisasi
mahasiwa hanya melaksanakan aktiviti. Aktiviti tidak semestinya bersiri, ada yang bersifat
sekali buat, ada yang bersifat mengisi jadual tahunan semata-mata, ada yang disuruh buat dan
sebagainya. Aktiviti yang sekadar aktiviti kurang meninggalkan kesan.
Kedua, ialah “bakti”. Ada organisasi mahasiswa tidak hanya menganjurkan aktiviti
sekadar aktiviti. Sebaliknya, ia menganjurkannya dalam satu siri atau pakej yang punya
matlamat tertentu. Bakti begini perlu perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian
lebih sistematik serta meninggalkan kesan yang lebih.
Dan ketiga, ialah “advokasi”. Ada organisasi mahasiswa menjalankan advokasi, iaitu
proses pembuatan atau mempengaruhi pembuatan keputusan. Ia dilakukan melalui
memorandum, perundingan, melobi dan sebagainya. Ada masanya ia melibatkan proses
mempengaruhi pandangan khalayak seperti melalui kenyataan akhbar, seminar, perhimpunan,
perarakan, demonstrasi dan lain-lain.
Ada aktiviti yang sekadar aktiviti. Ada aktiviti yang bersifat bakti. Ada aktiviti yang
bersifat bakti dan advokasi. Manakala, ada aktiviti yang bersifat advokasi sahaja, dan ada
yang bersifat advokasi dan bakti sekaligus, tetapi jarang terdapat advokasi dan aktiviti
sekadar aktiviti.
Gerakan mahasiswa ditandai oleh sifat atau ciri advokasi. Kerana itu, data mentah
yang tidak diklasifikasi atau digunakan secara sembrono untuk mengatakan bahawa AUKU
1975 tidak menyekat gerakan mahasiswa tidak dapat diterima.
Ada juga hujah yang mengatakan bahawa AUKU 1975 tidak menyekat gerakan
mahasiswa kerana terdapatnya data yang menunjukkan banyaknya jumlah mahasiswa yang
menyertai program-program yang dijalankan. Sekali lagi, jika data itu mentah dan tidak
diklasifikasi mengikut klasifikasi program di atas, maka ia tidak dapat diterima.
Ada pula yang berhujah bahawa AUKU 1975 perlu untuk mengawal mahasiswa
daripada berpolitik, kerana zaman mahasiswa adalah zaman belajar bukan zaman memimpin.
Selepas tamat belajar nanti, barulah berperanan sebagai pemimpin.
Sayugia dijelaskan bahawa mereka sebenarnya mempunyai paradigma yang salah
tentang kepemimpinan. Mereka terpengaruh dengan ayat yang tidak lengkap, iaitu:
“mahasiswa adalah pemimpin masa depan”. Jadi, wahai mahasiswa, tunggu!
Ayat itu perlu dilengkapkan dengan menyambungnya dengan, pertamanya,
“mahasiswa adalah pemimpin hari ini iaitu kepada yang lebih muda daripada mereka”. Ini
termasuk mahasiswa yang lebih muda, pelajar matrikulasi, pelajar sekolah dan belia bukanpelajar
di luar kampus.
Kedua, “mahasiswa adalah pemimpin hari ini iaitu kepada yang
seangkatan dengannya”. Ini termasuk mahasiswa seangkatan dari kampusnya dan kampuskampus
lain di dalam dan di luar negara serta belia di luar kampus. Dan ketiga, “mahasiswa
adalah rakan kepemimpinan dalam pembangunan” bersama-sama dengan universiti, badanbadan
masyarakat sivil (CSO) yang lain dan juga kerajaan.
Sektor masyarakat sivil ini selanjutnya menjadi rakan pembangunan bersama-sama
dua lagi sektor pembangunan iaitu sektor kerajaan dan sektor perniagaan lalu membentuk
satu kerangka baru yang dipanggil governans baru yang menggabungkan perkongsian (yang
benar-benar bijak) antara ketiga-tiga sektor itu, iaitu kerajaan, perniagaan dan masyarakat
sivil.
Kerana itu, apa salahnya jika mahasiswa berpolitik ketika di kampus, jika ia dilihat
sebagai proses pendidikan dan pendedahan pembinaan dan penjanaan kepemimpinan yang
bersifat experiencial learning dalam dunia sebenar. Tentu pendekatan ini lebih berkesan
daripada membaca dan berteori semata-mata.
Jika mahasiswa melakukan kesalahan, dan mahasiswa memang dibenarkan
melakukan kesalahan, maka diperbetulkanlah, bukannya dihukum. Apabila tidak boleh
diperbetulkan, maka barulah dihukum. Tetapi, hukuman mestilah dibuat dan dilihat sebagai
dibuat dengan adil, bukannya secara terlalu keras seperti peruntukan AUKU 1975.
Ada yang berpendapat bahawa AUKU 1975 perlu untuk mengawal mahasiswa
daripada berpolitik kerana bimbang mahasiswa menentang kerajaan. Persoalannya,
mengapakah tidak ditanya mengapakah kerajaan ditentang oleh mahasiswa?
Tetapi, bukankah ada waktunya yang, sebahagian kalaupun tidak seluruh, gerakan
mahasiswa kelihatan menyokong kerajaan, seperti sejak akhir-akhir ini? Di samping itu,
bukankah sejarah menunjukkan bahawa pendirian politik mahasiswa mungkin berubah
apabila meninggalkan kampus? Jadi, apa masalahnya?
Di samping itu, ada juga yang berhujah secara double standard dengan mengatakan
bahawa tugas sebenar mahasiswa ialah belajar kerana mahasiswa hendaklah
bertanggungjawab terhadap biasiswa atau bantuan kewangan yang disediakan kerajaan
melalui wang daripada rakyat. Masalahnya, orang yang sama lazimnya menyokong pula
Kelab UMNO ditubuhkan dan dianggotai oleh mahasiswa yang belajar di luar negara dengan
sebahagian besarnya menggunakan biasiswa dan bantuan kewangan yang jauh lebih besar
jumlahnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nice view tho, but why is ist in Malay? voice your view in English then so that parts of the world may understand..^^
ReplyDelete